Archive for February, 2009

Selangor VS Kelantan

Posted in bola, info on February 28, 2009 by gantang

redsbattleAyuh ramai2 abg2,adek2,makcik2,kakak2,pakcik2,atok2,nenek2 n sume la yg sokong SELANGOR ke Stadium Shah Alam…

sok insyaallah ak n mbr2 yg lain akn trun ke stadium…krng sume,pe ag???moh la kita gemakan Stadium Shah Alam…ok geng,jmpe ag ps perlawanan…chow dl,assalamualaikum…

GO GO RED GIANT

Aku Kena Tag Kali Ke-3

Posted in info, lucu on February 21, 2009 by gantang

The challenge is:

  1. Go to your photos folder in your computer.
  2. Go to the 6th folder of photos.
  3. Go to the 6th picture in that folder.
  • Put the picture on your blog and description of it.
  • Invite six friends to join the challenge.
  • Link them in your blog and let them know they have been challenged.
  1. 985441_full-prtgambar ini diambil selepas perlawanan final juara kelab dunia di jepun…
  2. Rooney pkai jersey m.u ketika gambar ini diambil…
  3. dia juga kalo x slap ak dpt anugerah pe nnth,hadiah die stakat replika kunci kete 2 je,hahaha(ak main2 saja)
  4. jenama keta yg die dpt 2 adalah toyota…

six friends to join the challenge are :

  1. Adekku
  2. Azzah
  3. Desma
  4. Noorhidayat[dot]Com
  5. Syed
  6. Syikin Omar

Blog Hina Islam-Apa Patut Kita Lakukan???

Posted in info on February 19, 2009 by gantang

Sebagai org Islam,kte msti rse tercabar apabila de blog yg menghina agama Islam…Sebenarnye de cara utk kte sume tutupkan blog tersebut…so,psni dh x leh bkk dh blog 2…caranye cmni:

  1. Report a Terms of Service Violation
  2. Pilih Hate or violence (Learn more.) kemudian continue
  3. Masukkan URL dan submit

kredit to wandott.blogspot.com

Geng:Pengembaraan Bermula

Posted in info on February 16, 2009 by gantang

wd_geng_meluncur

Arni,dh 5 ari filem ni ditayangkan di wayang seluruh negara…ak sndri pn dh tgk dh filem ni…ari pertama ak dh tgk kt Alamanda ngn Sham n Epi…ak bkn nk bgtw cmne ak g tgk,naik pe,kl bp???bkn 2 yg ak nk cte ngn krng…tp ak nk cte psl serba sedikit pengalaman yg ak rse time tgk cte 2…

k la,ak mle cte…filem ni bg ak adalah terbaik la…bg ak semunye perfect…x de kantoi pe pn…dh 5 ari filem ni ditayangkan sume tayangannye full..smpai nk tgk arni,kne bli tiket dr smlm…dashat tul penangan cte ni…ak bangga cz filem Malaysia dpt sambutan yg menggalakkan…ak terharu apbila slps abes tontonan filem tersebut,1 panggung bertepuk tangan tanda berpuas hati dgn filem tersebut…n ak rse cm x rgi je ble tgk filem ni bnyk kali…

so,sp yg x tgk ag,g la tgk beb…tiket x mhl sgt pn…ok la,mampu la utk sume org g tgk…ak cnfrm x rginye krng tgk…betul betul betul…

Keputusan Liga Super 14.2.2009

Posted in bola on February 15, 2009 by gantang

keputusan-liga-super1kedudukan-liga-super

Owh yeah,SELANGOR menang ag…Teruskan dgn kedudukan tempat pertama…Smart ar Amri,score 2 bijik mlm ni…GO GO SELANGOR…

Kita Sebenarnya…

Posted in info on February 11, 2009 by gantang

Kita sebenarnya… Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.

Kita sebenarnya… Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal.

Kita sebenarnya… Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat.

Kita sebenarnya… Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.

Kita sebenarnya… Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada Sembahyang.

Kita sebenarnya… Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita.

Kita sebenarnya… Lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum.

Kita sebenarnya… Lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid.

Kita sebenarnya… Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan (Allah) kita sendiri.

Kita sebenarnya… Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.

Kita sebenarnya… Lebih suka pergi konsert, karaoke daripada ceramah agama.

Kita sebenarnya… Lebih suka mengumpat orang daripada mengingati kebaikan orang.

Kita sebenarnya… Lebih suka mencarut apabila melatah daripada menyebut nama Allah.

Kita sebenarnya… Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan.

Kita sebenarnya… Lebih bangga dgn kejahilan daripada bersyukur dengan keimanan.

Kita sebenarnya… Lebih suka bersekongkol dengan pemeritah yang melakukan kezaliman daripada pemerintah yang baik.

Kita sebenarnya… Lebih cintakan Duniawi daripada urusan Akhirat.

p/s:segala yang baik dtg dr ALLAH & segala yang buruk datangnya dari diri saya sendiri…WALLAHUALAM…

Keputusan Liga Super 10.2.2009

Posted in bola on February 11, 2009 by gantang

keputusan-1022009

kedudukan-liga-super

Perbezaan Tidak Menjadi Masalah

Posted in Uncategorized on February 9, 2009 by gantang

309952159_370b10134f_o

309950901_64e10d83ac_o309950897_ab1811b604_o309950895_a63c713f41_o309950267_60b22f0b57_o309950892_f1c9a3648e_omereka semua daripada keluarga yang berbeza…

jenis yang berbeza…

spesies yang berbeza…

dsc01907mereka adalah daripada keluarga yang sama…

jenis yang sama…

spesies yang sama…

tetapi warna yang berbeza…

tetapi…

mereka boleh hidup bersama…

sayang antara mereka…

hormat antara mereka…

tidakkah kita malu dengan diri kita sendiri???

Sejarah Bola Sepak Malaysia

Posted in bola, info on February 8, 2009 by gantang

Kali ini ak nk kongsi sikit psl sejarah bola sepak MALAYSIA…sesapa yg masih sayangkan bola sepak MALAYSIA leh la bc utk menambahkan pengetahuan tentang bola sepak MALAYSIA…walaupn hanya tinggal sejarah,ia adalah sejarah yg sepatutnya dijadikan pemangkin utk kita sama2 kembalikan mutu bola sepak MALAYSIA…korang bc la dl… Read more »

Karangan Terbaik UPSR

Posted in lucu on February 5, 2009 by gantang

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia! pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

p/s:kalo ak jd pemeriksa,sure nye ak bg A sbb cerpen pendek ni wt ak x jd mrh n wt ak terguling2 gelak,hahaha…