Sejarah Bola Sepak Malaysia

Kali ini ak nk kongsi sikit psl sejarah bola sepak MALAYSIA…sesapa yg masih sayangkan bola sepak MALAYSIA leh la bc utk menambahkan pengetahuan tentang bola sepak MALAYSIA…walaupn hanya tinggal sejarah,ia adalah sejarah yg sepatutnya dijadikan pemangkin utk kita sama2 kembalikan mutu bola sepak MALAYSIA…korang bc la dl…

SEJARAH BOLA SEPAK MALAYSIA

BOLA SEPAK dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika pendudukan British pada sekitar 1825.

Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun pada tahun 1926, asas penubuhan Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933.

Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA, selain menganggotai Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sejak tahun 1954.

Nama Persatuan Bola Sepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 1960.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman adalah presiden FAM yang pertama bermula dari tahun 1951 sebelum Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih untuk tempoh setahun pada 1975.

FAM kemudiannya diterajui oleh bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tan Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 hingga 1983 dan bermula tahun 1984, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengambil alih kepimpinan badan induk itu dan kekal sehingga kini.

su_092

PASUKAN KEBANGSAAN

SEBELUM terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak negara dikenali sebagai pasukan Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan muncul antara pasukan terkuat di rantau Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an ketika era Datuk Ghani Minhat.

Pencapaian terbaik Malaya ketika itu ialah memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia.

Kegemilangan pasukan negara berterusan selepas pembentukan Malaysia. Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1974 di Tehran.

Ketika inilah lahirnya legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari yang mempunyai rekod 125 gol daripada 167 penampilan antarabangsa.

Mohktar atau nama gelarannya Supermokh mula mewakili negara pada Pestabola Merdeka tahun 1972 sebelum membuat penampilan terakhir ketika Malaysia menentang Korea Selatan pada saingan Pra Piala Dunia tahun 1985.

Namun, bagi pasukan kebangsaan, rekod cemerlang terus dilakar apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980. Selepas itu, Malaysia sekali lagi mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, namun kerajaan Malaysia memboikot temasya tersebut kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan negara bagaimanapun tercemar pada tahun 1994 ekoran berlakunya skandal rasuah terbesar yang melibatkan ramai pemain utama selain pasukan gergasi negara.

su_093

About these ads

19 Responses to “Sejarah Bola Sepak Malaysia”

  1. haaaaaaaaaaaaaaa.ha….ha…
    bla
    bla
    bla
    bla
    bla
    bla
    bla
    bla

  2. i like

  3. harap2 sukan bola sepak malaysia akan trus maju ke hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang lg…

  4. saya berharap skud malaysia FAM akan maju lagi dengan kerjasama mereka yang telah berusaha untuk meningkatkan pasukan skud kebangsaan kita.

  5. kena buangkan sifat pentingkan diri.pentingkan kewangan,pilih kasih,itu la punca bola sepak kita jdi mcm nie.ikut la cra negara luar yang lain mcm mana mereka memilh pemain2 yang terbaik saja untuk mwakili pasukan mereka walaupun pasukan tersebut hanya bermain di kelas bawahan.contohnya kenapa safee sali tidak dapat bermain untuk cardiff city?sedangkan sponser dari MAS?bos besar org malaysia…..sebab mereka ada 1 garis panduan ada syart yang tertentu.,.tidak pilih bulu..kalau di malaysia…ada duit.apa pown jadi.x boleh sepak bola pown boleh jdi pemain..so fikir2kan la..MALAYSIA tak kan maju kalau benda mcm ni trus berlaku

  6. hem…menarik!! saya sbnarnya buka blog ini sbb saya kena siapkan folio yg cikgu bagi!! pengenalan ia sangat menarik,teruskan~

  7. ALIAARISSA Says:

    BEST DAPAT SIAP KAN FOLIO DLM MSE 1 HARI JE

  8. saya harap malaysia ke hadapan

  9. emma feat sagitarius Says:

    ya…hari ni sibuk buat folio tentang bola sepak!

  10. hi 5

  11. erm?cm ner ae,hri ini nux bt folio pasai euro tntg 2012,tpi sye x reti nux mncrinyer..erm..

  12. tomorrow Says:

    alah bwat yg lbih power la bola sepak kita……

  13. saya harap Malaysia lebih maju

  14. betul saya sokong…

  15. go malaysia go

  16. malaysia pasti akan pegi ke piala dunia suatu hari nanti

  17. Alif Najmi Says:

    harap malaysia akan ke piala dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: