Devan Hanya Daftar 24 Pemain

selangorSKUAD Liga Super Selangor hanya akan menyenaraikan 24 pemain untuk didaftarkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Isnin depan bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim 2009.

Biarpun setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksimum 25 orang pemain namun, jurulatih Selangor, K. Devan berkata berkemungkinan besar tiada lagi pemain yang akan diambil bagi memenuhi kuota tersebut.

“Cukup 24 pemain. Tiada lagi pertambahan. Lagipun, kita perlu senaraikan seorang pemain bawah 20 tahun dalam kesebelasan utama pada setiap perlawanan.

“Jadi, buat masa ini kita juga masih mencuba beberapa pemain daripada skuad Piala Presiden (bawah 20 tahun). Mungkin saya akan pilih dua orang untuk bersama skuad ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas sesi latihan di Kelana Jaya petang semalam.

Selepas mengalami kegagalan pada Kejohanan Pramusim 2008/09 baru-baru ini, Devan memberitahu bahawa pemainnya kini sudah seminggu kembali menjalani latihan fizikal.

“Sekarang ini barulah saya nampak pemain mempunyai keadaan fizikal yang baik sedikit. Saya rasa sekarang barulah mereka bersedia untuk perlawanan persahabatan,” ujarnya.

Menurut Devan, selepas aksi persahabatan menentang pasukan Harimau Muda di padang Wisma FAM, Kelana Jaya Sabtu ini, skuad Selangor akan berhadapan pula dengan juara Kejohanan Pramusim 2008/09, T-Team di Shah Alam pada Selasa depan.

“Pada Sabtu ini kita boleh tengok sejauh mana tahap kecergasan pemain, keserasian serta sejauh mana mereka boleh menyesuaikan diri dengan taktikal yang saya perkenalkan,” katanya.

Pada sesi latihan petang semalam, 18 daripada 24 pemain yang disenaraikan itu turun berlatih kecuali empat pemain kebangsaan, Safee Sali, Hardi Jaafar, Amirul Hadi Zainal dan Asraruddin Putra Omar.

Dua lagi pemain iaitu penyerang, S. Sritharan dan penjaga gol ketiga, Fairul Azwan Shahrullai juga masih belum dapat menyertai latihan kerana dalam proses pemulihan selepas kedua-duanya menjalani pembedahan lutut.

Kredit by selangorfc.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: