Selangor Mula Serasi

selangorSELANGOR mudah menjinakkan Harimau Muda apabila mencatat kemenangan selesa 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Pasukan gergasi Lembah Klang itu seharusnya memperoleh keputusan 4-0, namun tendangan penalti yang diambil oleh ketua pasukan, Amri Yahyah minit 49 sedikit tersasar ke kanan gawang lawan.

Namun Amri menebus kembali kesilapannya itu dengan menjaring gol cantik minit 79, setelah melakukan larian solo melepasi beberapa pemain pertahanan Harimau Muda.

Jurulatih Selangor, K. Devan berkata, anak didiknya itu kini sudah mula menunjukkan petanda positif dalam mempersembahkan disiplin taktikal yang dirancangkan olehnya.

Katanya, dalam tempoh empat minggu sejak dia mula membimbing Gergasi Merah itu, pemain-pemain sudah menampakkan sedikit persefahaman antara satu sama lain.

“Pasukan ini masih belum siap dibentuk sepenuhnya dan tidak mampu untuk bermain dengan baik dalam tempoh 90 minit.

“Masih ada banyak yang perlu diperbaiki dan berada dalam sesi persiapan menjelang Liga Super yang akan dijalankan tahun depan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, Amri berkata, rakan-rakannya masih mencari keserasian dalam membentuk sebuah pasukan terbaik pada persaingan Liga Super Januari ini.

“Ini perkara biasa dan ia akan berubah tidak lama lagi. Pasukan ini pasti akan mendapat kembali persembahan sebenar sebelum bermulanya kempen Liga Super,” katanya.

Kredit by selangorfc.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: