Info Pasukan Red Giant

selangorfa_logoSelangor adalah pasukan yang terkenal dengan gelaran Gergasi Merah. Pasukan ini mempunyai tradisi kejayaan yang cemerlang dalam arena bola sepak tempatan.

Selangor telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 32 kali menjadikan mereka satu-satunya pasukan yang muncul juara paling banyak berbanding pasukan-pasukan lain di negara ini.

Dahulu musuh tradisi Selangor adalah pasukan negara jiran iaitu Singapura. Bagaimanapun, sejak penarikan diri oleh pasukan Singapura dari kejohanan di negara ini, musuh tradisi Selangor telah bertukar kepada pasukan Kedah.

Berikut adalah senarai kejayaan yang dicapai oleh skuad Merah Kuning ini.

Bagi musim baru Liga Malaysia 2009, Selangor telah membuat rombakan kepada pasukannya yang gagal memenangi sebarang piala pada musim lalu.

Berikut adalah senarai nama pemain skuad Selangor 2009.

Dalam tempoh persiapan Selangor untuk menghadapi Liga Malaysia musim baru ini, mereka telah menyertai kejohanan pra-musim serta mengadakan perlawanan-perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan tempatan.

Selangor sekadar seri tanpa jaringan dengan Proton FC dalam perlawanan pertama, mengalahkan CIMB 4-0 sebelum tewas 0-1 kepada Felda United dalam perlawanan terakhir mereka, sekaligus menyaksikan Selangor gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Bagaimanapun, Selangor mula mempamerkan aksi yang lebih baik dalam perlawanan-perlawanan persahabatan yang diadakan selepas itu.

Selangor bermula dengan mengalahkan skuad Piala Emas Raja-raja 2-1 sebelum mudah menundukkan Harimau Muda 3-0 di Wisma FAM pada 29 November dan membelasah Angkatan Tentera Malaysia 8-0 di Padang SUK pada 2 Disember.

Rentak kemenangan dalam perlawanan persahabatan diteruskan oleh Selangor apabila mereka menewaskan Terengganu 2-1, membelasah pasukan pilihan Kuala Selangor 8-0, mengalahkan UPB MyTeam 3-1, menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur, menang besar 5-1 ke atas Perak serta mudah menewaskan Melaka 4-0.

Dalam tempoh itu, Selangor hanya seri sekali 1-1 dengan Johor dan tewas sekali 1-2 kepada Proton FC.

Kini Selangor telah bersedia untuk memulakan musim baru Liga Malaysia 2009.

Berikut adalah jadual perlawanan pasukan Selangor sepanjang Liga Super 2009 berlangsung.

One Response to “Info Pasukan Red Giant”

  1. kedah kalah skali bukan bermakna selangor kuat.. cume ade wayar yg x btl kt helmi tu.. HIDUP KEDAH!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: