Yang Hangat dan Yang Suram

Sekarang ni mcm2 program realiti kt tv…af la,oiam la,mentor la n mcm2 ag…tp adakah juara program2 tersebut dapat terus menjadi artis yang berjaya???jawapannya de yg berjaya dan ada yg hampeh,huhuhu…ak senaraikan mana yang hangat n yang suram kt bwh ni…

HANGAT
Mawi
Walaupun masih ramai yang mempertikaikan bakat ‘Raja SMS’ ini, senarai kejayaan Mawi selepas memenangi AF3 memang gempak. Dari jualan album yang telah mencecah ratusan ribu hinggalah ke pelbagai anugerah yang telah dimenangi (Anugerah Era, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, MTV Asia Awards, Anugerah Planet Muzik), Mawi membuktikan beliau bukan saja juara dari segi populariti, tapi juga kualiti.

Jaclyn Victor
Tak dapat dinafikan Jac kini diiktiraf ramai sebagai antara penyanyi wantita paling ‘top’ di negara ini. Dengan suara yang unik dan gaya persembahan tersendiri, juara ‘Malaysian Idol’ musim pertama dan Ikon Malaysia ini mempertaruhkan bakat lakonannya pula dan baru saja muncul dalam filem terbaru Yasmin Ahmad, ‘Talentime’.

Nabil
Juara ‘Raja Lawak’ musim kedua ini semakin ‘meletup’ dan diburu ramai penerbit rancangan TV dan juga filem. Dengan gaya bersahaja dan rupa yang boleh tahan, Nabil telah berjaya memperkukuhkan jenamanya dalam masa yang sangat singkat. Biarpun digandingkan dengan pelawak-pelawak veteran, Nabil berjaya menyerlah dengan kreativiti dan auranya yang disenangi penonton.

Nurul Syuhada
Mungkin ramai yang tak ingat, tapi Nurul pertama muncul di kaca TV di dalam program ‘Malaysian Top Host’ (2005) terbitan TV3 di mana beliau telah dinobatkan sebagai juara. Selepas kemenangan itu, Nurul telah diberi kepercayaan mengacara rancangan ‘Nona’. Pengiktirafan terbesar buat dirinya datang apabila Nurul terpilih sebagai pengacara ‘Majalah 3’ dan kini beliau kini sudah pun menjadi ‘household name’.

Daniel Lee
Walaupun kemenangan beliau dalam ‘Malaysian Idol’ musim kedua tidak begitu dipersetujui ramai, Daniel kini telah berjaya mencipta nama dalam industri muzik bahasa Mandarin tempatan. Album pertamanya terjual sebanjak 10,000 unit hanya dalam beberapa hari. Beliau juga laris untuk pertunjukan pentas dan dikenali sebagai penghibur yang sangat dinamik.

SURAM
Yus
Sedih pula bila terbaca kenyataan juara ‘Raja Lawak’ musim pertama ini yang mengatakan beliau sering diketepikan kerana wajahnya yang kurang komersil. Tapi hakikatnya, Yus memang tenggelam selepas kemenangan itu dan sudahpun dilupakan peminat hiburan tempatan. Baru-baru ini juga keluar gosip yang kononnya Yus pernah membatalkan persembahannya kerana beliau malu untuk muncul di khalayak ramai.

Faizal Ramly
Potensi anak muda dari Terengganu ini memang sangat besar dan tak ramai yang mempertikaikan kemenangan beliau dalam AF4. Tapi lain pulak jadinya bila Faizal sering digosipkan dengan benda-benda yang tak senonoh yang menjatuhkan reputasinya. Album yang dihasilkan juga kurang mendapat sambutan peminat-peminat dan industri sendiri.

Thunderstorm
Ketika mereka memenangi pertandingan ‘Rentak Juara – Rhythm of Champions’ anjuran RTM pada tahun 2004, Thunderstorm bukanlah nama baru di sirkit ‘live band’ di sekitar Lembah Kelang. Tapi kemenangan itu membolehkan Thunderstorm merakamkan album yang dihidangkan buat pasaran mainstream. Malangnya, album tersebut gagal menghasilkan impak yang besar dan kini Thunderstorm kembali bermain di kelab-kelab malam.

Tashya Basir
Tak ramai menjangkakan yang gadis berimej tomboy ini akan memenangi hadiah utama rancangan ‘MyStarz LG’ musim pertama, tapi Tashya berjaya mencuri hati peminat dan juri dengan bakat uniknya. Namun, bintangnya tidak begitu menyinar selepas bergelar juara dan setakat ini belum mengecap sebarang kejayaan lain yang signifikan. Mungkin nasib Tashya akan berubah dengan pelancaran album kugirannya sendiri tak lama lagi, Tashya’s Ink.

Jiaja
Pemenang kategori band bagi musim kedua ‘Blast Off’ dari Sabah ini tidak lagi kedengaran berita mengenai mereka. Dianggap sebagai kumpulan yang berpotensi menggegarkan industri muzik tempatan, Jiaja telah melancarkan dua buah EP tapi hanya diedarkan di Sabah sahaja. Mungkin kejayaan mainstream memang tidak diidamkan kumpulan ini?

kredit to gua.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: