Lawak Orang Asli

KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)berkata:
“Panasnya dalam helikopter ini …”. Maka menjawablah salah seorang Orang Asli yang turut berada dalam helikopter itu: “Mahu tak panas tuan …kipasnya besar …tapi di luar …”

HANDPHONE

Satu ketika di kampung orang asli, seorang pegawai JHEOA melihat Tok Batin orang asli mempunyai handphone … “Wah Tok Batin …ada handphone ..ada coverage ka dekat sini …?”. Jawab Tok Batin: “Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage”.

KONDOM

Seorang penduduk orang asli mengadu pada pegawai kesihatan: “Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, bini saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-dusyun anak saya.” Tanya pegawai kesihatan: “Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?”. Jawab orang asli: “Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat, saya pun sunatkanlah (khatankan) …”

PETAI

Seorang penjual petai orang asli di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu … “Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah …RM20 sahaja.” Tanya lelaki berkenaan : “Berapa longok semuanya?”. Jawab orang Asli itu : “Semuanya 20 longgok …”.

CUTI

Seorang pengawal keselamatan kaum orang asli yang bekerja di sebuah kilang berjumpa dengan manager minta cuti … “Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?. Jawab manager
: “Cuti seminggu …oklah, saya bagi cuti seminggu.
Selepas 14 hari, baru si pengawal keselamatan itu balik bertugas. Tanya si manager : “Kenapa dua minggu cuti?”. Jawab si orang asli itu : “Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: