Archive for the lucu Category

Loya Buruk 2

Posted in lucu on September 1, 2010 by gantang

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya….. lebih kurang sudah 8 tahun , nak .
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga…
Mahasiswa : Ehhhh…..keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang…
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni…boleh tahan
juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr….semuanya mengemis seperti pakcik..

Loya Buruk 1

Posted in lucu on September 1, 2010 by gantang

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?”

“Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf,
akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

Lawak Penyelam

Posted in lucu on April 5, 2010 by gantang

Suatu hari ada seorang penyelam sedang menyelam di dalam lautan. Dia menyelam dalam kedalam 20 kaki bawah paras air. Sedang die menikmati permandangan di dalam lautan tersebut, die terserempak dengan seorang lelaki berenang pada kedalaman yang sama dengan nya. Yang peliknya beliau langsung tidak mempunyai kelengkapan menyelam.Penyelam tersebut menyelam ke dalam 10 kaki lagi dan lelaki tersebut mengikuti nya seminit kemudian. Kemudian penyelam itu menyelam sedalam 15 kaki pula dan seminit kemudian lelaki tersebut pun muncul. Penyelam itu mengeluarkan papan kapur kalis air dan menulis kepada lelaki tersebut bagaimana anda menyelam tanpa kelengkapan oksigen?? Dan lelaki tersebut memadam apa yang penyelam itu tulis lalu menulis “aku lemas la bongok!!!”

Lawak Mamat

Posted in lucu on March 21, 2010 by gantang

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk
berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata : “United Kingdom…”

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: “Malaysian…”

Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: “James…”.Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: “Mamat…”

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkan
percakapannya.”Birmingham…” kata si Mat Saleh.

Dijawab Mamat:”Kuala Kangsar…”.pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual.Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata : “Cancer…”

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: “Capricorn!”

Lawak Malam Minggu

Posted in lucu on March 20, 2010 by gantang

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan  di dalam bilik wanita tu. Kira malam minggu tu milik dia oranglah.

Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder. Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; Darling! ada mancis tak?. Ada kat dalam laci sebelah katil tu, jawab si wanita tu. Masa buka laci tu, terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu.

Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? Bukan jawab
si wanita tu. Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?, Bukan jugak jawab wanita tu lagi.
Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa? tanya si lelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut
Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina jawab si wanita tu dengan penuh manja.

Nobody Girl Versi Lawak

Posted in lucu on January 20, 2010 by gantang

Lawak Orang Asli

Posted in lucu on December 23, 2009 by gantang

KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)berkata:
“Panasnya dalam helikopter ini …”. Maka menjawablah salah seorang Orang Asli yang turut berada dalam helikopter itu: “Mahu tak panas tuan …kipasnya besar …tapi di luar …”

HANDPHONE

Satu ketika di kampung orang asli, seorang pegawai JHEOA melihat Tok Batin orang asli mempunyai handphone … “Wah Tok Batin …ada handphone ..ada coverage ka dekat sini …?”. Jawab Tok Batin: “Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage”.

KONDOM

Seorang penduduk orang asli mengadu pada pegawai kesihatan: “Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, bini saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-dusyun anak saya.” Tanya pegawai kesihatan: “Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?”. Jawab orang asli: “Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat, saya pun sunatkanlah (khatankan) …”

PETAI

Seorang penjual petai orang asli di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu … “Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah …RM20 sahaja.” Tanya lelaki berkenaan : “Berapa longok semuanya?”. Jawab orang Asli itu : “Semuanya 20 longgok …”.

CUTI

Seorang pengawal keselamatan kaum orang asli yang bekerja di sebuah kilang berjumpa dengan manager minta cuti … “Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?. Jawab manager
: “Cuti seminggu …oklah, saya bagi cuti seminggu.
Selepas 14 hari, baru si pengawal keselamatan itu balik bertugas. Tanya si manager : “Kenapa dua minggu cuti?”. Jawab si orang asli itu : “Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..